Isnin, 2 September 2013

Rusuhan dan pergaduhan pelatih PLKN di Negeri Sembilan


2 Sep 2013 - Polis menahan 19 pelatih PLKN berusia antara 17 ke 22 tahun dari Kem Titian Bintangor, Rembau kerana terlibat dalam pergaduhan. 6 pelatih cedera dalam pergaduhan tersebut dan telah mendapat rawatan. Kesemua pelatih baru 2 minggu menyertai latihan PLKN. Polis telah mengklasifikasi kes ini sebagai merusuh.

19 NS trainees held over brawl at Negri camp
2 September 2013
REMBAU: Police detained 19 National Service (NS) trainees who were involved in a fight at the Titian Bintangor camp canteen here on Saturday.

District police chief Deputy Superintendent Mizan Md Dom said the fight was between two groups of trainees aged between 17 and 22.

The cause of the fight has yet to be established. Six trainees suffered minor injuries to the faces, hands and fingers and were given outpatient treatment.

"We picked up the 19 youths involved in the fight after a report was lodged."

Mizan said the case had been classified as rioting, under Section 148 of the Penal Code and that the detainees had been remanded.

He said police had contacted the families of the detained trainees and they expressed dissatisfaction over how the camp management had dealt with the incident.

"They hoped the management would be more responsible and wise in solving problems at the camp to ensure such an incident will not recur."

The father of one of the detainees, Ng See Heong, 42, said his 18-year old son had called him about 4am yesterday to inform him that he was detained by the police.

"I was shocked and immediately rushed there. Other parents who were there also lodged a report over the camp's negligence in managing the programme."

Ng said his son had entered the camp two weeks ago and claimed that he was being bullied by other trainees.

"After he told me about the matter, he also informed the camp commander for action to be taken.

"The camp management should act swiftly and take the trainees' and their families' complaints seriously to avoid such an incident from happening."



Jumaat, 23 Ogos 2013

Pelatih PLKN cedera dalam pergaduhan




23 Ogos 2013
 
PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera di tangan dan badan dikatakan selepas terbabit dalam pergaduhan di Kem Semarak Tanjung Gosong di sini, malam tadi.

Sumber polis berkata, pelatih berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan seorang rakannya dengan seorang lagi pelatih yang masing-masing berusia 18 tahun.

"Mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun dia tercedera dalam kejadian berkenaan. Mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku 9.23 malam tadi.

"Polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang menyiasat punca pergaduhan," katanya. – BERNAMA

Selasa, 23 Julai 2013

Pelatih PLKN perlu nyatakan tarikh haid terakhir




Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN sejak 2004

23 Julai 2013 - Kementerian Pertahanan hari ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari pelbagai agensi.

Ini kerana, beliau berkata pelatih perlu membuat perakuan termasuk ujian kehamilan dengan mengisi borang perakuan kesihatan.

"Tarikh haid terakhir perlu dinyatakan tetapi jika tidak pasti, pelatih akan dirujuk kepada pakar perubatan kerajaan.

Khamis, 20 Jun 2013

JLKN Bincang Dengan Kementerian Pertahanan Wujud Peraturan Ujian Kehamilan Pelatih



JLKN Bincang Dengan Kementerian Pertahanan Wujud Peraturan Ujian Kehamilan Pelatih

20 Jun 2013

KUANTAN: Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan peraturan mewajibkan setiap bakal pelatih wanita menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata peraturan itu amat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak kes pelatih hamil tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menyertai program berkenaan dan seterusnya bersalin di dalam kem.

Beliau berkata perkara itu perlu dibawa kepada pihak atasan terutamanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana ia melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Perkara ini perlu diputuskan di peringkat kerajaan dan bagi kami ia amat mustahak dilakukan kerana perlu pastikan pelatih yang mengikuti program tidak berdepan sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas menutup PLK NKumpulan 2 Siri 10/2013 di Kem PLKN Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata walaupun terdapat peraturan pemeriksaan kesihatan terhadap bakal pelatih namun ia bukanlah wajib dilakukan dan ujian kehamilan tiada dalam peraturan itu.

Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan ketiadaan ujian kehamilan itu juga menjadi antara faktor berlakunya kes seperti di Kem PLKN Sri Ledang di Jementah, Segamat.

Dalam kejadian semalam, seorang remaja yang sedang menjalani latihan di kem itu melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayinya dilaporkan meninggal dunia.

Difahamkan bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

"Pelatih itu kini selamat dan saya telah meminta siasatan lanjut kes dibuat dan segerakan laporan itu untuk kita melihat latar belakang bagaimana kes itu boleh berlaku dan sebagainya.

"Oleh kerana kes ini sudah jadi kes polis, saya tidak mahu ulas panjang kerana perlu hormati perjalanan kes dan keluarga keluarga mangsa, biarlah polis dan pihak kami siasat dengan terperinci," kata Abdul Hadi.

Dalam pada itu, beliau berkata semua aktiviti fizikal hendaklah dilaksanakan di dalam dewan di semua kem di negeri yang menghadapi masalah jerebu yang teruk bagi memastikan keadaan kesihatan pelatih terjaga dan selamat.

Katanya kesemua kem di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor (kecuali Kem PLKNSri Ledang) diarahkan mematuhi peraturan itu selepas Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan melebihi 100. - BERNAMA

Rabu, 19 Jun 2013

Pelatih PLKN Sri Ledang lahir bayi dalam tandas



MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.

Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.

Khamis, 13 Jun 2013

48 Pelatih Sakit, Kem PLKN Syruz Ditutup Sementara



48 Pelatih Sakit, Kem PLKN Syruz Ditutup Sementara
Khamis Jun 13, 2013

GEORGE TOWN: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Syruz di Machang Bubuk ditutup selama dua minggu selepas 48 pelatih mengalami demam panas akibat jangkitan Adenovirus.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata pada Khamis, 20 pelatih pertama mengalami simptom seperti selesema dan telah dimasukkan ke hospital.

"Jumlah pelatih yang jatuh sakit meningkat dengan drastik dalam tempoh seminggu dan keputusan untuk menutup sementara kem tersebut dilakukan untuk mengelak jangkitan itu merebak.

"Sejak dari itu, kami telah bekerjasama dengan jabatan PLKN untuk memantau situasi itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, sebuah kem PLKN di Pulau Pinang ditutup sementara dan 200 pelatih lain dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.