Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN
sejak 2004
23 Julai 2013 - Kementerian Pertahanan hari
ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri
Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji
cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari
pelbagai agensi.
Ini kerana, beliau berkata pelatih perlu
membuat perakuan termasuk ujian kehamilan dengan mengisi borang perakuan
kesihatan.
"Tarikh haid terakhir perlu dinyatakan
tetapi jika tidak pasti, pelatih akan dirujuk kepada pakar perubatan kerajaan.