26 Jan 2014 - Selepas sembilan tahun
perlaksanaannya, beberapa pihak memberi pandangan berbeza sama ada
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan atau
dihentikan. Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mahu program itu diwajibkan untuk lepasan sekolah menengah,
beberapa kumpulan berkata, terlalu banyak wang dibelanjakan untuk
program tersebut.
Lebih 750,000 pelajar lepasan sekolah
menengah telah mengikut program PLKN yang menelan belanja
sekurang-kurang RM5.5 bilion.
Menurut Ketua Pemuda MCA, Chong Sin
Woon, RM500 juta hingga RM600 juta peruntukan tahunan untuk program
tersebut adalah lebih baik digunakan untuk menubuhkan pusat-pusat
latihan kemahiran belia.
Youth 4 Change, mahu program tersebut
dihentikan.
Koordinatornya, Lian Chiew Yi berkata,
dana yang diperuntukkan bagi progam tersebut sepatutnya digunakan
untuk menambah baik sistem pendidikan negara.