Isnin, 19 Mei 2014

4 pelatih PLKN positif H1N1



4 pelatih PLKN positif H1N1

ALOR SETAR 18 Mei 2014 - Empat pelatih yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Dusun Minda Resort di Kuala Nerang dekat sini disahkan positif H1N1.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, perkara itu disahkan oleh pegawai kesihatan Daerah Padang Terap yang melakukan pemeriksaan ke atas 54 pelatih yang mengalami demam sejak dua hari lalu.

"Atas nasihat pegawai kesihatan itu, keempat-empat pelatih itu kini dikuarantin di kem berkenaan.

"Selain mereka, terdapat 50 lagi pelajar yang menjalani kuarantin akibat demam biasa dan kesihatan mereka sentiasa dipantau dari semasa ke semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ini terdapat lebih 320 pelatih yang sedang mengikuti program tersebut di kem berkenaan.

Selain 54 pelatih itu, kesemua pelatih yang tidak terlibat masih menjalani latihan seperti biasa.

Mengulas lanjut katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua pelatih dan jurulatih dibekalkan dengan topeng muka untuk dipakai sepanjang masa.

"Saya diberitahu esok akan ada pegawai kesihatan negeri yang turun ke kem berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas pelatih-pelatih terlibat serta menentukan tindakan seterusnya yang perlu diambil termasuk sama ada mereka perlu dibawa ke hospital atau tidak.

"Buat masa ini saya nasihatkan agar waris tidak datang melawat kerana dibimbangi turut dijangkiti. Bagaimanapun jika ada yang mahu berbuat demikian, kami tidak akan menghalang," katanya.

Difahamkan terdapat kira-kira lapan pegawai perubatan yang bertugas di kem berkenan selain dibantu pegawai kesihatan daerah Padang Terap untuk membuat pemantauan berterusan.

Sementara itu salah seorang pelatih yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahu para pelatih dimaklumkan mengenai situasi di kem itu dalam satu perhimpunan yang diadakan kira-kira pukul 5 petang.

"Kami dilarang meninggalkan kem kecuali mendapat kebenaran serta diminta agar menjaga kebersihan," katanya yang turut dimaklumkan bahawa semua aktiviti akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

Ahad, 18 Mei 2014

52 pelatih PLKN dikuarantin kerana demam luar biasa


52 NS trainees in Kuala Nerang quarantined
18 May 2014

ALOR SETAR: Fifty-two National Service (NS) trainees from the Dusun Minda Resort in Kuala Nerang have been quarantined for the past two days due to fever.

NS Department director Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said they were quarantined following the advice of a medical officer from the Kuala Nerang Health Centre.

“They are suffering from regular fever but have been quarantined due to the large number involved. They have been separated from the other trainees at the camp and excluded from taking part in normal activities,” he said when contacted yesterday.

It is understood that the camp, located about 30km from here, has more than 320 trainees.