29 April 2014
KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah
mencapai matlamat penubuhannya dan perlu diteruskan demi pembangunan jati diri
generasi muda, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata,
ia berlandaskan kaji selidik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak diperkenalkan pada 2004 hingga akhir 2013, sebanyak
752,643 pelatih dilatih melalui program ini dengan anggaran kos antara RM550
hingga RM650 juta setahun, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan