SUNGAI SIPUT 13 Mac - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Terkok, Kampung Sungai Durian, Lintang di sini, meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama empat hari di Hospital Sungai Siput (HSS) di sini.
R. Vinoth, 18, dari Padang Jawa, Klang, Selangor, meninggal dunia kira-kira pukul 10.10 malam setelah menerima rawatan akibat demam di wad hospital itu sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azman Salim berkata, laporan kematian mangsa telah dibuat oleh bapanya hari ini dan punca kematian masih belum diketahui kerana sedang menunggu hasil bedah siasat pihak hospital.
Vinoth mengikuti program berkenaan pada awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Sabtu ini.
Sementara itu, bapa Vinoth, S. Raman, 47, kesal kerana pihak hospital didakwanya tidak mengambil langkah awal menyelamatkan nyawa anaknya yang pada peringkat awal disyaki dijangkiti wabak kencing tikus atau 'Leptospirosis'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan