Pelatih PLKN Sungai Siput meninggal dunia di hospital selepas demam
13 Mac 2012
SUNGAI SIPUT: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam tadi.
Laporan kematian dibuat oleh bapanya hari ini dan punca kematian belum diketahui.
"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita hari ini.
Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.
Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini. - BERNAMA
http://www.hmetro.com.my/articles/PelatihPLKNSungaiSiputmeninggalduniadihospitalselepasdemam/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan