Selasa Mei 1, 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan
Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pada
Selesa berkata, pelajar yang dipilih untuk Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) boleh menamatkan pengajian mereka sebelum melaporkan
diri untuk latihan.
Beliau berkata, umur mereka boleh
menjangkau sehingga 35 tahun, bersesuaian dengan syarat latihan.
Bagi pelajar perempuan yang dipilih
untuk PLKN, mereka dikecualikan sekiranya melahirkan anak, katanya.
“Semua pelajar yang melanjutkan
pengajian mereka dalam atau luar negara di bawah program-program yang
diluluskan oleh Kerajaan boleh memohon untuk menangguhkan latihan.
“Kami akan memproses permohonan
mereka dan penangguhan akan diluluskan secara automatik. Pelajar
harus menyertakan dokumen-dokumen seperti surat tawaran dalam
permohonan mereka,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sebelum ini pelatih
perlu menangguhkan pengajian mereka terlebih dahulu bagi melaporkan
diri di PLKN, namun di bawah perjanjian baru antara Kementerian
Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, mereka dapat menamatkan
pengajian mereka dahulu.
“Sebagai contoh, apabila mereka tamat
Tingkatan Enam, dan belum mula bekerja, mereka akan dipanggil semula
untuk latihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan
kumpulan kedua bagi pelatih PLKN tahun ini dari JLKN Wangsa Maju.
Sehingga Khamis ini, sejumlah 53,348
pelatih akan dihantar ke 79 kem seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan