8:15PM Okt 7 2012
Polis menahan 27 pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Cenderawasih Cador di
Pengkalan Berangan, Marang kerana terlibat dalam satu pergaduhan,
petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri
ACP K.Manoharan berkata kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang di
kem itu dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan pelatih
membabitkan dakwaan mencuri barang.
"Satu kumpulan pelatih menuduh
ahli kumpulan lain memecah lokar dan mencuri barang sehingga
menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan.
"Kumpulan berkenaan dianggotai
seramai 27 orang kemudian bertindak menyerang kumpulan satu lagi,
yang terdiri daripada sembilan orang, dan ada daripadanya
bersenjatakan kayu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata akibat pergaduhan itu,
sembilan pelatih cedera dan lebam di badan dan satu laporan dibuat
sebelum polis bertindak menahan 27 pelatih terbabit untuk siasatan
lanjut.
Katanya, mereka yang terlibat ditahan
reman empat hari mulai semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen
148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan