Rabu, 18 April 2012

Batalkan ambilan PLKN 1 Mei 2012, demi masa depan pelajar



Pada 1 Mei 2012 ialah tarikh pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA.

Ketika ini hingga bulan Mei - Julai 2012, lepasan SPM pastinya sibuk untuk menghadiri temuduga ke IPT. Mereka harus diberi masa yang secukupnya untuk membuat pilihan kursus apa yang harus diambil, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, membuat pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Sekiranya PLKN tidak dapat memastikan setiap kem PLKN ada kemudahan internet yang secukupnya untuk para pelatih menyemak permohonan mereka ke IPT dari masa ke semasa, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, mendapatkan khidmat nasihat guru kaunseling di setiap kem PLKN, membuat pemeriksaan kesihatan dan X-ray, maka adalah perlu pengambilan pelatih PLKN pada 1 Mei 2012 ini perlu dibatalkan dan dibuka hanya kepada mereka yang berminat untuk menyertai PLKN dan tidak berminat untuk meneruskan pengajian ke IPT.

Bukankah ini satu pembaziran jika ada yang mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 1-2 minggu untuk latihan PLKN atau mungkin kurang kerana persiapan untuk pemeriksaan kesihatan, urusan kumpul wang untuk mendaftar dan sebagainya?

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.

Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 :
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en

Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan