Jumaat, 6 April 2012

Pelatih PLKN dapat tawaran IPTA dilepas mulai esok

Pelatih PLKN dapat tawaran IPTA dilepas mulai esok
2010/05/21

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 Siri 7/2010 yang akan mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program asasi di UM, UIAM, UNIMAS, UiTM, USIM dan UPNM akan diberikan pelepasan awal mulai esok.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih berkenaan dianggap telah selesai menjalani latihan dan akan diberi sijil tamat latihan. "Keputusan ini dibuat setelah pihak Jabatan Pengajian Tinggi memohon kepada Jabatan ini untuk pelepasan awal kepada pelajar IPTA berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sementara itu, bagi bakal pelatih untuk kumpulan 3 Siri 7/2010 pula, mereka tidak perlu menghadirkan diri dan hanya perlu mengisi borang penangguhan yang akan disertai bersama Notis Panggilan Pelatih yang akan dikeluarkan kepada mereka nanti.

"Ini termasuk juga, pelatih yang perlu mendaftar bagi Program Asasi di UPM dan Program Diploma di UTM, UPSI, UiTM, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UNIMAP, UDM dan UPM pada 3 dan 4 Julai nanti," katanya.

Abdul Hadi berkata, kumpulan 3 Siri 7/2010 ini akan bermula pada 19 Jun ini, dan bakal pelatih yang perlu mendaftar ke IPTA boleh mendaftar pada tarikh yang ditetapkan IPTA seperti biasa. - Bernama

http://www.bharian.com.my/articles/PelatihPLKNdapattawaranIPTAdilepasmulaiesok/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan