KUALA LUMPUR:
Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan meneruskan
pengajian di tingkatan enam atau program matrikulasi bermula Mei ini boleh
memohon penangguhan bagi mengikuti PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk
Abdul Hadi Awang Kechil hari ini berkata bakal pelatih berkenaan bagaimanapun
perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter khidmat
pelanggan JLKN atau dimuat turun dari laman web rasmi JKLN
www.khidmatnegara.gov.my
Beliau berkata setelah borang tersebut dilengkapkan, ia
hendaklah dikepilkan bersama surat
tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau program matrikulasi sebelum dihantar
ke Cawangan Pengecualian dan Penangguhan, Bahagian Pengurusan Pelatih, JLKN.
"Penangguhan sehingga tamat tempoh pengajian akan
diberikan kepada pemohon. Bagi mereka yang akan menyambung pengajian selepas
tamat tempoh penangguhan tersebut, mereka perlulah mengisi Borang Permohonan
Pembaharuan Penangguhan melalui proses yang sama," katanya dalam
kenyataan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan